aku kembali bertugas di bahagian pesakit luar sejak ogos secara tetap sehingga dijangka bertukar rotation lagi mungkin tahun depan?tunggu dan lihat..sebelum ni aku di bahagian ibu dan anak,saban hari menghadap anak-anak kecil dan perempuan mengandung serta yang telah bersalin..selepas setahun lebih akhirnya dapat juga kembali ke pesakit luar..ingatkan indah rupanya lain pula ceritanya,sobs.
Secara ringkas,bahagian ibu dan anak seronok sekurangnya ad sedikit waktu terluang untuk aku ulangkaji pelajaran,kadang-kadang dapat buat assignment tapi sejak masuk OPD(jabatan pesakit luar) langsung susah mau sentuh ipad/buku untuk study sebab pesakit terlampau ramai,sehari 100 lebih pesakit (menangis)
tapi..
walau apa pun aku seronok dengan apa yang aku lalui..pesakit yang datang akan membuat aku lagi banyak berfikir,banyak belajar juga daripada segala mak nenek komplen yang pesakit beri..
kisah baru-baru ini:
pesakit sekitar 30an,mengadu sakit pinggang..dia cakap perut dia selalu mengeras..bila aku tanya mengandung ke?dia nafikan tapi period da lama tak datang..bila scan,baby melambai2..da 20weeks pon..>.< lucu ad,nak cubit ibu tu pun ade...
kemudian datang pula seorang perempuan juga,pun 30an mengadu sakit dada dan susah bernafas,secara luaran tampak normal,tak ada tanda kecemasan,sementara aku habeskan pesakit2 kronik (pakcik makcik yang datang follow up darah tinggi),aku minta dia pergi buat ECG dahulu..bila dia datang balik..ECG normal,korek punya korek..build up the rapport and so on,berhambur airmata dia keluar..rupa-rupanya sakit dada sebab stress terlampau akibat perangai curang si suami yang sanggup bercerai dengannya selepas beranak 7 gara2 kekasih lama si suami...aku memang pantang betul dengar kisah macam ni..rasa menyirap,rasa nak tumbuk pun ada suami dia (kalau la suami dia depan mata aku) tapi aku cuba tenangkan pesakit tersebut,cuba beri empati..nothing else she want in that kind of situation unless a support..moral support..she did tell me she went to emergency department also before due to chest pain but everything was ok...all investigation done came back normal...of course it is. sebab sakit dada dia bukan sebab jantung atau masalah kesihatan lain tapi ni masalah perasaan yang jauh lagi parah...lama2 bole kasi mental problem ok...berapa ramai manusia develop major depressive disorder hanya disebabkan masalah yang nampak simple ni?so please ladies and gentleman out there...jangan fikir nak seronok je...fikir kesan dan akibat juga daripada setiap tindakan kita...sebagai contoh pesakit aku ni,anak 7 orang,smua dia tanggung..laki da ceraikan dia bulan 3 aritu...langsung x bertanggungjawab pada nafkah anak-anak,sebagai ibu tunggal dia kerja di pasar untuk cari rezeki...penat lelah stress smua sendiri...teresak-esak depan aku...haih...nasib doktor mampu kawal air mata daripada turut merembes..
kemudian datang pula seorang popo untuk temujanji darah tinggi...baik,peramah..cerita punya cerita,sekali dia minta ubat untuk gemuk...aku pandang dia,,,pandang aku...macam aku lagi cekeding...badan dia ideal...sesuai untuk umur 70an..kalau gemuk sangat nanti lagi susah mau control penyakit kronik dia tu..dia cakap dia sedih sebab setiap kali anak menantu jumpa dia,semua tegur dia kurus...dia akan sedih dan menangis katanya...dan ternyata dia menangis macam anak kecil semasa kami berkonsultasi...terkesima kejap aku..macam mana mau pujuk popo sorang ni haha sangat comel ok...dia tak kurus pun...sedang2 ja tapi mungkin sebab da berusia,kulit memang tak tegang..dia asyik tarik kulit dia cakap 'ko tgk ni amoi...kurus ni..kurus...saya sedih woo...ko kasi la saya ubat utk gemuk//' bila aku cakap,aunty sy lagi tinggal tulang saja ini,kau jangan peduli ape orang mau bilang..yang penting aunty sihat,gembira..' barulah dia ketawa...adudu
the stories goes on..macam macam ragam pesakit..belum lagi kisah MC seekers yang tak pernah habes..ada macam2 rupa perangai MC seekers ni..ikut mood la...kalau aku malas nak layan memang aku bagi je MC..ada masa lebih aku cuba juga korek ape masalah dia siap nak MC bagai..if indicated lain la kan...ni setakat demam selsema nak MC,parah wei..aku selsema mcm air paip da hingus tu masih juga kena menghadap pesakit (pakai je mask),aku pernah beritahu aku keguguran yang layak MC dua minggu tapi aku tak guna demi kerja..berstokin la tebal2 masa kerja risau bentan kan..tapi pesakit yang setakat cirit birit,demam viral da menggelabah nak MC..aku memang rasa korang lembik..sorry to say but its ugly truth..lecterur aku cakap kat U,polisi dorang if korang sakit demam memang terus layak cuti 7 hari..tak perlu MC dr doktor pun tapi orang UK tak bodoh dan tamak...dorang tak salah guna rules tu..dorang tak sesuka hati nk sakit demam dan ponteng kerja...tapi rakyat malaysia...cuba kau buat rules macam tu...hahaha mau setiap bulan sakit..7 hari cuti percuma bai :D jawabnya sakit perut sikit pun 7 hari cuti...melampau!
ok..itu je nak bebel... #jangankecamaku #nakterasasilakan
1 comment:
Nisa pun jarang amik MC. Sakit pun kerja :(
Post a Comment