My photo
i am me myself lol im a wife,a mommy for a handsome clever boy and a doctor to many

beautiful hearts

Sunday, June 12, 2016

salam Ramadhan 2016

Lama dah tak membebel kat sini since last post on february..the emo one lol.
Alhamdulillah Ramadhan kali ni ad banyak perubahan daripada yang lepas2..kemungkinan besar juga ini adalah Ramadhan terakhir aku di Sabah or dunia?huu..kami akan merindui waktu berbuka awal di sini..sobs

Sejak malam pertama Ramadhan ,Alhamdulillah we managed to pray teraweh together,selang seli..kalau dua-dua free,takde locum or agenda kerja yang lain,maka dapatlah kami ke masjid..Zayyan pun suka sangat pergi masjid..hari2 ajak pergi masjid,nak abad (solat) katanya tapi pergi sana bukan dia betol-betol solat,naluri budak kan,bermain je..plg lucu,kalau rakaat terakhir utk setiap solat laju dia follow imam juga sebab tahu ibu dia da nak abes solat,nanti kena bebel sebab bising..hehe tapi xdela aku marah dia pun,just peluk dia lepastu cakap elok-elok yang dia tak boleh menjerit or ketawa kuat-kuat nanti kacau org solat,dia faham..Alhamdulillah.

Sahur:
kami jarang bangun untuk proper meal means tak makan berat la..waktu weekdays bangun untuk minum air ,minum kurma,solat subuh lepastu sambung tidur sebab subuh sangat awal 4.30am kan,,nanti pukul 6 lebih nak bangun siap2 pergi kerja dah,kepala ting tong kalau bangun lama waktu sahur,haha admit je la sayang tido..so kesimpulannya sahur kami sangat simple,suami aku pulak sporting abes,hari kedua konon nak bangun makan nasi,sekali da alarm bunyi,dia bangun lepastu merengek nak air je,xnak makan nasi sbb ngantuk..lol maka waktu weekend je kami betol2 sahur makan nasi sebab tu pun dia bangun nak tengok bola,jadi alang2 makan nasi sekali la untuk sahur.Tapi syukur sebab suami seorang yang hargai waktu sahur,dia pesan walau ape pun..tetap kena bangun walaupun sekadar minum air..sebab nak ambil berkat sahur tu.. :)

sungkai/iftar:
kami berbuka macam dinner biasa juga,papa banyak membantu di dapur..setiap kali aku pulang kerja jam 4.30-5pm tu papa da ready kat dapur,jadi aku tolong mana patut je dan paling xleh blah sebab kami dewasa bertiga je di rumah maka lauk tak pernah habes,jd ulang la makanan sama untuk 2-3 hari,so save time tak payah masak hari2 hehe..cuma hari-hari just sediakan kuih muih dan air best (gelaran zayyan bagi untuk air special) untuk iftar.

Teraweh:
as mentioned

mutabaah amal:
hah! sempena bulan mulia ni memang aku paksa diri untuk lebihkan sikit..insyaAllah moga Allah redha.Paling susah nak control marah dan rajuk,jangan main-main kalau aku marah..habes kau nanti..gitu.

so far kami belom lagi ke bazar Ramadhan,planned to go..nanti la..malas nak menapak lagipun suami asyik busy oncall
persiapan raya?awal sangat hahaha
kuih raya je da tempah...lain xde..sekian.

selamat berpuasa,sempena bulan yang berkat ni..jaga lidah..jaga amal..kepada anak dara,jangan kacau laki org #eh ,kepada para suami dan lelaki luar sana,jaga pandangan anda,kepada ibu2,control amarah ya dan ikhlaskan hati buat ape2 supaya setiap yg dilakukan di catit dalam buku amalan amal olehNya.ok bye2


1 comment: