My photo
i am me myself lol im a wife,a mommy for a handsome clever boy and a doctor to many

beautiful hearts

Saturday, May 12, 2012

miracle dari Allah

3 hari lepas, dua orang aweks azerbaijan yang tinggal di bilik berhadapan rumah kami tbe2 datang bertanya tentang hukum untuk mendoakan dan solat mohon pertolongan Allah untuk haiwan kesayangan mereka,puppy yang berada dalam wad ICU dan doc kata mungkin akan mati..kami agak blur2 sebab secara kasarnya memang kami tahu mereka adalah beragama Islam..walaupun pemakaian dan cara hidup mereka tak seperti Islam yg sbenar..(kebanyakan org di Msia pon Islam pada nama,sedih ! )

Cuma satu yg kami kagum pada mereka..iaitu tetap mencari Allah dan seek for the answer untuk kemusykilan yg mereka hadapi..juga,depa tahu pegang anjing (jika basah) perlu samak,persoalan mereka nak solat untuk anjing tu salah atau tidak?kami beritahu,bela anjing as a pet memang salah sbb ianya adalah najis tapi disebabkan ada berbagai pendapat ulama dalam hal ni maka aku x berani bercakap banyak,sekadar menekankan jawapan untuk persoalan mereka sahaja iaitu bole atau tidak nk solat untuk anjing,mestilah boleh..anjing pon living creature,makhluk Allah jugak..dan tujuan kita nk mohon pertolongan Allah..

Allah suruh kita bergantung padaNya dalam segala hal,apatah lagi bila melibatkan nyawa makhluknya..jadi kami ajar mereka ttg solat hajat,kelihatannya mereka spt blur2...maka kami pon ajak ler depa berjemaah solat hajat bersama sama kat bilik kami..Alhamdulillah mereka nampak sedikit happy selepas solat tuh..doa kami supaya terbuka hati mereka untuk lebih mendalami kekuasaan Allah dan menjaga agama Allah..

Alhamdulillah semalam depa datang dengan happynya sambil bawa kek untuk kami tanda terima kasih,dengan kuasa Allah,puppy yg hampir mati tu dah sihat kembali..SubhanAllah..pasti ada ibrah tersembunyi untuk mereka dan juga kami dari peristiwa ini...renung2 kan :)


9 comments:

Hansyirah Takezur said...

erk, puppy?

kadang2 susah kan nak bagi jawapan sbb takut tak sama mazhab n so on. sb tu la kena mendalami. huhu.. insyaAllah..

tapi percanggahan dalam hukum hakam agama tak bermaksud kita memusuhi mereka. kelainan tu yg mmbuatkan kita faham mereka.

nice akk, u did d rite thing. ;)
smoga mereka berlapang dada lagi utk mngamalkn khdupan islam yg sbnr. :)

Evagurl said...

U did the right thing babe. I dont know why, but i feel that this entry is so sweet yet meaningful :) Every people in our life will leave something for us to be remembered, whether it's good or bad, they are just completed our life beautifully.

Barakallah..

Mat Gebu said...

Moga Allah swt permudahkan segalanya bagi mereka2 dan kita2 juga...

Rafhan said...

ada kisah pada zaman nabi, seorang pelacur dijanjikan syurga kerana memberi minum kepada anjing yang kehausan.

Admin said...

tuhan sentiasa membuka
pintu taubat untuk hamba2nya :)

khaifaiz said...

kenapa pict tu blur

caliph shuriken said...

smoga dlm lindunganNya sentiasa :)

Nina Salleh said...

Alhamdulillah.

awak dapat peluang untuk berjemaah dan berdakwah dengan mereka.
proud of you,dear:)
can't wait to see you!
love from Malaysia<3

Puteri Iqa Izyan said...

kuasa Allah takde sape dpt halang kan kak? :)

subhanallah~