semalam cakap dengan seseorang mengenai maaf..die tanya saya macam mana nak mulakan meminta maaf..bukan pasal memaafkan.Katanya senang untuk memaafkan dalam diam tapi bagaimana caranya untuk dia yang memulakan dulu perbuatan mohon maaf tuh(face to face).Saya terdiam sejenak sebab perkara ni bukan pertama kali kami perbincangkan..die sendiri faham dan masak benar dengan perangai sendiri yang ego dan susah untuk memulakan perbuatan itu.Sebenarnya soalan die buat saya reflect diri sendiri juga..
Walaupun mudah untuk saya memaafkan seseorang tapi kadang2 sukar juga untuk mendekati dan memulakan 'im sorry'..ego perempuan pun tinggi juga kadang2 tahu.Saya nasihati kawan saya itu dan diri sendiri juga..kalau tidak mahu rasa resah dan bersalah menyelubungi diri,lawan sajala rasa ego dalam diri tu dan teruskan dengan ucapan maaf,selesaikan setiap konflik yang berlaku dengan aman,kalau kita dah mohon maaf (walaupun kita dipihak benar dan tak bersalah pun sebenarnya),sekurang kurangnya kita akan rasa lega dan terpulanglah pada individu terbabit sama ada nak maafkan atau tidak.Yang penting kita dah tunaikan kewajipan kita,dah berusaha untuk berdamai..
senang la cakap tapi susah nak buat,tahu tak?yup.sangat2 susah tapi perkara yang susah untuk kita buat tapi kita cuba juga untuk buat,nilainya tinggi di mata Allah..sama seperti orang yang mengaji Al-Quran merangkak rangkak (tp die masih istiqamah membaca) bandingkan dengan orang yang memang fasih dan lancar bacaannya,Allah suka yang merangkak rangkak bacaannya..sebab usaha die dan dugaan die tinggi tapi die ttp lawan.(tak bermakna Allah tak suka yg fasih,mungkin yg fasih ada masalah untuk membaca lebih banyak ayat/mukasurat sebab die malas tpi die lawan sifat malas die tuh,maka Allah pon sayang die lebih juga..Allah kan maha penyayang ^.^ )
p/s: semalam nasihat kawan tp hari ini saya di uji dengan perkara yg sama dan saya masih belum berdaya lakukannya..insyaAllah ingin cuba lagi bila berkesempatan..ya Allah lembutkan hati dan kuatkan azamku,mujahadahku..amin.
Allah akan uji kita dengan perkara yg kita ucapkan..ya Allah..
13 comments:
Untuk memaafkan org mmg mudah, tp nak say sorry depan2 dia tu mungkin ragu2 kot sebab ego kite sendiri pon tinggi ..huhu
ada sebab kita minta maaf..
1. kalau kita benar2 buat salah dan kita sayangkan org itu..
2. kita tak buat salah tapi kita nak menjernihkan keadaan..
3. suka2 jer minta maaf walau tak buat salah.
assalamualaikum..
kak yus apa khabar?? lama tak jenguk sini. ye la. busy sikit skang ngn tutor and so on.
memang susah kan nak minta maaf..tambah2 bila ego ni menguasai diri.
especially bila kita buat salah kat orang yang kita syg. ^^
yang lagi susah nak buat ialah memohon ampun dari Allah..sebab mulut skang ni rasa berat sangat nak beristighfar. masyaAllah..hurmm..
tapi insyaAllah lafaz maaf tu akan mudah terkeluar andai berpegang dengan. "berkata benarlah walaupun ianya pahit"
memohon maaf, tak susah pon. yang susah sebab kte takut orang tu tanak terime permintaan maaf kte tu
nk mintak maaf face to face..
huarghh mmg susah,sbb time to akan ada adegen airmataku mu sapu,hikhik
something wrong with u dear?
akak mcm rasa lately punya entry, dgn tiba2 ada blog lain, musykel.
apa pun, teruskan menulis jika itu boleh legakan hati then jangan menulis jika hati betul2 tak lega. bahaya.
cheers dear.
betul tu!
agak susah nak memaafkan orang ni tapi sekali kita dah memaafkan memang hati rasa tenang je..
Samo lah dgn den....nasihatkan org buleh...tapi kena kat den...pehhh...susah tul...sampai lah ni dah 1 tahun tak dpt memafkan seseorg....
maaf tu satu perkataan je tapi, susah sangat nak sebut. same goes to me here =(
setuju sangat
allah uji kita dengan cara2 yang mudah je
tu pun kita tak daya nak lawan
kalau masalah besar, menangis meraung la jawabnya
[mengata kat diri sendiri ni]
huhu
benda baik ni mmg susah n liat org nk start dulu.. hehe..
apasalahnya buang rasa ego tu.. x kemana pun kalau ego..
amin...
insyaAllah...
Allah nak uji kita kuat atau tidak..:)
betulkan.. nape la susah nak mintak maaf face 2 face kan.. huhu....
Post a Comment