My photo
i am me myself lol im a wife,a mommy for a handsome clever boy and a doctor to many

beautiful hearts

Sunday, November 13, 2011

perjalanan hidup 1

esok paper last SPM,paper EST(english for science and technology)..subjek yang tak pernah aku minat..seriously.Aku rasa aku berjiwa sastera.Eh?kenapa?budak maktab rendah SAINS mara tak semestinya kena berjiwa sains aje kan?

walaupun esok masih ade paper tapi semangat aku dah melayang ingin pulang ke rumah..hampir sebulan tidak pulang buat aku rindu,kepada mama dan pakchu sudah aku pesan,'bertolak awal tau ma dari rumah,orang abes exam lebih kurang pukul 11pagi,lepas abes exam nak terus balik' ..mama hanya mengiyakan,hasrat anak seorang ini tak pernah dibankangnya..terima kasih mama sebab sayang anakmu ini..'

aku lepak di surau maktab,bersama along dan asma..asma mardhiana,sahabat karib aku sepanjang di sini..kami mula rapat sejak sekelas di tingkatan 5,semasa tingkatan 4 aku dan dia kelas berjiran.Aku 4 Al farabi,dia 4 Al Ghazali tapi die classmate kepada rumate aku masa tuh,jadi kami dah mula bertegur sapa.Asma bijak,pendiam dan sopan..sebab itu aku suka berkawan dengan dia...tapi die degil,hehe maybe sebab dia muda setahun dari kami semua..budak lompat memang semua degil eh?;p

Aku tengok along,tekun sungguh die menyapu lantai surau dan mengemas telekung2 solat yang bersepah di bahagian rak yang telah dikhaskan,bukan semua budak perempuan pengemas ya -.-'
'along,untuk EST nak baca ape ni?kau tak nak stdy untuk EST ke?aku tengok kau macam dah ready je'
'ahh lantaklah,..aku  tak tahu nak baca ape,esok aku nak goreng  je,ko study cepat..jangan ikut along ko ni'

oh ya,along itu nama timangan untuk Rehan di rumahnya,tapi aku mengada mahu panggil die along juga sebab ingin merasa punya seorang kakak di sekolah yang aku rasakan ibarat penjara itu,penjara? ya..aku tak suka sistem dimana seorang pelajar terikat dengan undang2 manusia,pagi ade morning call kemudian ke kelas,petang  pukul 3pm pon ke kelas untuk prep selepas berebut makan di DS (dewan selera) dan malamnya pula  ke kelas untuk prep seusai solat jemaah dan tazkirah maghrib+isyak,selepas prep.. 11malam adalah waktu untuk supper, 11.30pm pula dipaksa 'switch off' a.k.a tdur tapi aku tak pernah patut pada arahan yang satu ini,prep malamku adalah waktu aku tidur dan 11malam adalah waktu aku mula belajar,hehe maafkan aku warden2 semua..

mana ada sistem yang tidak punya undang-undangnya sendiri..makanya aku hanya mengikut dan berharap tempoh 2 tahun berlalu pantas..dan sememangnya ianya sangat pantas...

sambung nanti ah..panjang sangat dah.gud luck bebudak SPM 2011!!

('perjalanan hidup',insyaAllah kisah aku dari selepas SPM hingga kini atau nanti?siapa tahu..aku akan menulis selagi ilham masih ada..kenapa dari selepas spm?kerana disitulah titik permulaan buat seorang aku yang mula belajar mencari erti kehidupan..insyaAllah..)

18 comments:

sHEiRa S said...

hehehe...wonderful...suke care awk bercerita.....ex mrsm gerik ke awk nie???

sHEiRa S said...

suke....awk ex mrsm gerik ke?

Unknown said...

betol sgt le tu..spm titik permulaan

Fatin Syahira Ramli said...

spm permulaan dunia baru tapi spm bukan penentu segalanya. kan?

huhu kalau dulu stress tahap cipan nak balik umah sebab homesick, mesti bermonolog dalaman punya. ish bestnya lepas habis spm nnt hoho.

hakikatnya lps spm dunia lg mencabar kottt. makan minum semua cari sendiri. tadak loceng dah bunyi panggil pi dewan makan hehe :D

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

kenangan banyak kn tambah2 yg duk jauh di asrama! mmg mula2 rs janggal tapi at last rasa akan erti kesungguhan dan belajar jauh dr family! goodluck untuk pelajar spm2011....

Annisa said...

salam.. nice story. suka EST sebab cikgu nisa best ^_^ and masih ingat buku EST tu kaler oren bila form 4 and warna hijau bila form5. hehe :)

miss you. daa ^_^ ♥

Tea said...

Mendoakan yg terbaik!

alexayussida said...

sheira:thnks dear..bukan gerik tp KT :)

jiji: kan..spm bukan penentu tp permulaan..

fatin:agree with u :)homesick tahap babun ..keke

fifiey:yup,sdikit sbnyak sistem mcm tu mendidik manusia mnjadi berdikari dan jadik org :D

nisa:wahh bagusnya nisa...yus slalu tdo masa est :p

tea:terima kasih :)

mas saari said...

kenangan jawap soalan SPM memang tak dapat dilupakan... masa tahu result nak keluar akak siap demam! heheheee

♥ p a a n i ♥ said...

haa..satu mrsm dgn mieraa

anumuchan said...

wah nnt smbg cite ni lagi..huhu..aa yus lahir tahun brape ehh..

Unknown said...

saya dulu ngengade gak ada panggil dak pompuan kakak...

pastu dorang ckp saya tak sedar diri.. hahaha

tapi kena yang suka, dia layan saya mcm saya 2tahun baru belajar ckp..

saya lak malu depan org.. hahaha, padan muka...

tehr said...

peraturan memang dicipta untuk mengawal dan mengurus
tapi kadang2 perlu juga ada kelonggaran selagi tak bersalahan dengan peraturan agama

memang seronok belajar bila semua orang tidur

LynnAiza said...

haha.rasanya semua budak2 hostel mcm tu kot.time prep tak betul2 study.tapi lepas dah pukul 12,time tu la rancak semuaa. :P

btw,cik kak!tak sabar nak tnggu ur next 'perjalanan hidup'. :P

YouSOF said...

Love this! ;)

EST, antara subjek yang Usop minatt kat sekolah dulu. Cikgu yang mengajar pun comel, bertambah minatnya. hehe


Tak pernah merasa duduk asrama. Cuma pernah makan dekat DS masa ikut bengkel PMR dulu, berebut makan setiap hari, huhu.

Sambung belajar lepas SPM, masa tu la baru rasa ilmu berdikari tu penting ataupun tidak.


Selamat maju jaya untuk bebudak SPM 2011!

somoon said...

Blg yang superb & menarik. Kunjungan petang Isnin.

Hansyitake~ said...

masa jd calon spm dulu, sume rasa nak cuak, ckgu2 pon ckp, spm tu pnting dalam hdup, but then i realize, spm is just the beginning of something....



dlm cte akk nie, sape sangka kan yg org hate subsidiary legislation (means peraturan) akan jd doc... ehhe...

Rain said...

mrsm mana ya?

setuju, aliran sains, tidka semestinya minat dan jiwa kita pun ke arah yang sama.