Assalamualaikum sisters n brothers
"Orang perempuan ni aurat dia dari mana sampai kemana?", tanya seorang kakak naqibah pada adik-adik usrahnya. Salah seorang adik usrahnya tertunduk diam. Malu.
Dia tahu kesalahannya yang sering memakai pakaian yang agak ketat, menampakkan bentuk tubuhnya. Dia sedar akan kesalahannya, dan walaupun dia masih belum berubah, namun Alhamdulillah dia mempunyai ramai kawan yang sanggup menegur kesalahan itu. Kesalahan jelas, yang tampak di mata manusia lain.
Seorang naqibah lain pula, lengkap menutup aurat, berstokin tangan, stokin kaki,sedap di pandang mata. Ketika usrah sedang berjalan, dia menarik stokin tangannya sedikit ke depan. Terdetik rasa bangga dengan prestasi dirinya.
'aku wanita yang baik, tak ramai yang mampu menutup aurat sebaik aku,'bisik si syaitan yang durjana.
Usrah tetap berjalan seperti biasa. Tiada yang mampu menegur lintasan hati si naqibah, Tiada yang tergerak untuk memberinya peringatan. Dia terus dianggap 'sempurna' oleh adik-adik usrahnya. Walaupun dia juga melakukan dosa. Namun kesalahannya tersembunyi, tak mampu dilihat oleh mata kasar manusia!
Lalu kesalahan mana yang lebih membahayakan?
Kalau si adik usrah, dia masih boleh ditegur oleh manusia yang melihat dan menyayanginya. Tetapi si kakak naqibah, berkemungkinan besar terus menerus lalai dengan 'kebaikan' dirinya yang tiada nilai di sisi Allah taala.
Naudzubillah..
Itulah bahayanya riya' dan ujub!
Melakukan sesuatu bukan keranaNya, tetapi kerana pandangan manusia
dan perasaan bangga pada diri sendiri. Penyakit hati sangat bahaya kerana ia kadangkala berlaku tanpa kita sedari..
Kita yang sering memberi tazkirah di kalangan rakan-rakan, mampu menyebabkan terdetik rasa 'hanya akulah yang paling layak memberi nasihat'
Kita yang sering mendapat markah tinggi dan pujian lecturer, menimbulkan rasa 'akulah yang paling hebat dan pandai'
Kita yang sering bangun paling awal dipagi hari, menyebabkan rasa 'akulah yang paling baik antara yang lain' dan banyak lagi detik-detik hati hasil dari bisikan syaitan.
Syaitan itu bekerja dengan sangat licik dan halus!
Tanpa kita sedari,ia mempermainkan hati dan keihklasan niat kita. Maka waspadalah!
Seringlah menjaga hati dari penyakit-penyakit yang mampu membankrupkan kantong pahala kita.
Ingatlah kata-kata Allah taala,
"Katakanlah Muhammad, apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaiknya" [Al-Kahfi: 103-104]
Moga kita tidak tergolong dalam mereka yang sia-sia amalannya.
- Artikel iluvislam.com
****
pemakaian aku mungkin tak sesempurna pakaian kau,aku mungkin tidak bertudung labuh,tidak berabaya sepanjang masa tapi kau tiada hak untuk berbicara seolah kau kenal aku luar dan dalam..banyak lagi cara untuk menegur orang..terima kasih kerana mengingatkan aku kononnya budak yang dulunya sederhana tapi kini berubah,its funny..u dun even noe me..6 tahun sudah berlalu,kau kenal aku yang dlunya hari hari pakai baju kurung sekolah,pakai baju kurung ke prep petang dan malam(padahal semua student pon pakai attire yg sama),hanya dalam tempoh 2 tahun kita bersama..kau tak pernah tahu macam mana aku dlu yang sebenarnya dan kini pula macam mana tapi kau judge aku seolah kau kenal hatibudi aku. Sahabat,kenali dan selami hati aku dulu sebelum kau berbicara menyakitkan hati..terima kasih atas nasihat kau,aku akan cuba berfikiran positive :) kum fa'anzil ~
48 comments:
really good this article...tajuknya enarik mcm rancangan kat astro..
bila kita menyampaikan..kadang kadang kita takut. sangat takut if buat silap tanpa sedar. tapi, berdoalah dan mohon pada Allah agar tetapkan hati kita. dear, bersabar selalu keh? Allah dengar doa kamu (^_^) imy. Assalamualaikum alexa yussida :)
riak juga syirik
em, semoga dijauhkan =(
manusia boleh berubah, yg kawan tu pun boleh berubah. jgn nnti bila org tegur dia dh berubah nk marah pulak :)
SAYANGKU YUSSIDA
satu renungan yang sangat bagus dikongsi, mungkin kamu disakiti
tapi
percayalah.. apa jua cara kita, selagi kita tahu apa itu MARUAH dan harga diri..
selagi itu kita dijalan yang benar..
err... kakak okey? sabar je. hati manusia lain2. persepsi manusia skrg. adat kalau org memuji kebaikan mereka. mulalah ujub. sesungguhnya mereka tergolong dlm kalangan yg tidak bersyukur.
orang rasa sempurna mesti selalu nampak salah orang lain kan
ermm...entry ni ada kaitan dengan shout box sebelah tu ke?
hati manusia lain2.:)
thanx alexa 4 this entry..dah lama x join usrah ni..
note kat bwh tu sbb alexa dpt msg kat SB ke yunk??dia x tinggal link ssh la nak taw sape kan..huhu..pepun jom positifkan diri kita ya..
ye bertudung labuh itu bagus!tp tak bermakna aku yg bertudung singkat ni.....arghhhh..sering dipandang serong..aku pernah laluinya..spt diskriminasi..aku benci org yg underestimate dan judge org sesuka hati..
tp sekurang2nya aku masih bertudung!dan bukann bertelanjang..
sokong,.syaitan tu sgt licik,.!
setiap manusia xlari drpd tkena..
riyak dan ujub ini akan memakan hati kita sikit demi sikit...dan akhirnya manusia akan menjadi Tuhan pada dirinya sendiri....
riyak tu salah satu syirik kepada Allah kan...
mintak di jauhkan..
seindah hiasan adalah wanita solehah
paling takut dgn penyakit hati..kita rasa kita bagus..huhu
as salam..
yup. hati.
yang menghidupkan hati,ilmu dan iman.
yang mematikan hati, nafsu.
syukran ingatkan..
dah ingat2 lupa entri ni kat web iluvislam tu.
=)
oh..ada kesilapan menegur?alhamdulillah..sandaran-Nya keatas benda hidup. mana yang buruk tu, jauhinya.. ;)
ternyata ia terkesan dari atas apa yang alexa alami melalui perbualan dengan seorang teman.
katakan saja 'mereka bukan hakim kita'
tapi mereka masih boleh memberi nasihat.
setuju..penyakit hati ni lagi bhy..kte tak boleh hukum org dari luaran saja..:)
pernah menegur rakan yg suka clubing..bukan skadar nasihat utk die tp utk diri sendiri spya xjejakkan kaki lagi ke tempat2 maksiat cmtu..even die anggap kite blagak baik..siap suh cermin diri sendiri dlu..tp hakikat kita juga cuba tuk memperbaiki diri sendiri bkn menegur sb kita sudah terlalu sempurna...
yuss..sahabat yg betul2 mengenali kita pasti akan mnegur kita dgn ikhlas...if not..juz take it as a challenge for u to be a better person...
I lolike.. hahahaha
”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Luqman:18)
semoga kta tdk t'golong dari kalangan org yg sombong & riak...
entri yg menarik & pnuh pengajaran, thanks atas p'kongsian story ni sis =)
serius bila dla tgk balik entry lps rs biasa je, xde yg menjolok mata pun yunk..gedik pun tak..bukan sume pic ada muka alexa pun..kalo nak banding zmn skolah mmgla beza kan, dulu2 x reti fesyen2 ni tp asal still menutup aurat dan x over sudahla kan..jgn risaulah yunk..jgn pk sgt ye..kitorang yg baca ni rs oke je pun..
hati ini sangat susah dimengerti kan dear..terdetik je satu2 benda kalau baik dapat pahala..kalau berniat yg tak baik ALLAH takkan beri pangkat dosa selagi kite tak melakukannya..
nice entri!! kena selalu berzikir dalam hati...dunia sekarang hati banyak yg kering dan mati
harap2 kte ikhlas dlam
mlakukan stiap prkaraa
hanya kerana Allah :)
riya' penyakit yg paling berbahaya.. kerana tanpa sedar semakin kuat syaitan menguasai diri kita.
bukan sekadar dlm etika berpakaian saja, tapi dlm soal bantu membantu pun kita mempunyai perasaan riya'. membantu kerana ingin menunjuk-nunjuk kebaikan kita
Yunk... Wat happen?? Be strong..=) We noe ourself better.. N do it for ALLAH.. U always told me that remember? =) Tak de manusia yg sempurna.. Tapi tak bermakne kite nih tak dpt berubah ke arah yg lebih baek rite?? U noe urself better than anyone.. So, juz be strong.. =)
makin kuat die menjaga imannya..makin kuat godaan dan ujian terhadap zahir dan batinnye..
patut mcm pernah baca je..^_^
ade org tegur akak eh..
pedulikan..kalaw akak taw akak betul, biarkan je lah dia..
nice..
sebenarnya perasaan ujub & riya' sangat susah untuk ditangani.. mesti ada je dugaan..
walaupun secara tersembunyi tapi ni lah sebenarnya yang memakan diri kita..
nauzubillah.. minta dijauhkn..
nak kekalkan kebaikan bukan sesuatu yang mudah kan? hurmm..
dont judge a book by its cover..
x salah bergaya selagi kena dgn syariatnya kn=)
tak prasan pun dia selalu update:(
thanks 4 da share dear
suke entri ni..kadang2 bile kita nak buat baik / jd baik, takut sgt bile tibe2 jadi riak.. minx dijauhkan..
Baiklah.. menjadi renungan merawat hati ini..
terima kasih sbb sharing pndapat korang kat sini..nak nanges baca smua komen2..korang myb lebih kenal sy sbb hari2 baca post saya,tp die tetibe je dtg nk kondem saya..sakit hati tuhan je tahu ..
luv u guys :)
terbaek enti nihhh !!! :))
bace komen2 kt ats ni pon dah x tau nak kate ape. sabar sis. =)
thnkss :)
positive2..die nak menegur tapi salah cara..hukhuk :)
sabar k yus..
seharusnya yg menegur pon perlu ade caranya... betoi tak yunk ?? hihi
sabarlah ye kak yus..^^ mungkin cara yang digunakan tu tak berapa betol kot...
hik2..matlamat tak menghalalkan cara la tu. hurmm..penting lau nak tegur kena tegur ngn cara yg betul..^^
kadang2 kite tak perasan kita tegur dh mcm teriak skit kan ;)
nak menegur tak salah..tp jgn la smpai ada pihak yg skt hati..ada caranye..sbb kita pun namanye manusia mmg x sempurna..sntiasa ada salah..
sis cuba perbaiki diri yg lemah ini..smga lebih baik dr smalam ;)
penyakit hati ni paling bahaya
bila hati berpenyakit, semua amalan punah begitu saja
assalamualaikum....ramai yang komen...semua cakap tak knal cara...semua cakap tak knal siapa....
To yus...disbbkan wani knal yus lah...wani choose yus.knape?
sbb yus berada pada landasan hidup yg lain dr semua bloggers....berlembut boleh tp yus dah sampai stage hidup yg tggi sedikit berbanding org luar sana.
itulah sbb wani tak guna dgn cara yg lembut tp dlm btk kiasan.
cara yg lembut boleh digunakan pader first stage seseorg itu mengenali konsep tarbiyah.....tak ramai yus kawan kita yg ader usrah tp bile kite dah masuk...gunakan sepenuhnye....dah namer pun mrsm...agama pun tak brape knal...tp bile dah kiter berada pader jalan Nya....gapailah ia dgn sesunggguh hatiMu....nescaya kehidupan Mu sgt berbeza di sisi Allah....usrah,iftar,taklim ni sebenarnya adlh wardah dlm tarbiyah....
mmg susah utk jadi mutadorobbi kpd murabbi ttp pecayalah tarbiyah byk sgt mengajar kite liku2 utk bersama dgn para sahabat n nabi kiter...
mmg hidup org yg berusrah tak leh sama dengan org biasa kerana kerjanya 1 iaitu berdakwah dgn cara ape sekalipun n seseorg mujahid itu memerlukan tarbiyah melalui wardah2 Nya....impak seorg gadis sgt elok if yus memperlihatkan muslimah yg di sekelilingnya dipenuhi konsep tarbiyah dan walaupun realiti hidupnya dipenuhi dgn org dunia, seperti mutiara yang mampu menarik ramai perhatian makhluk ciptaan Yang Maha Khalid..sgt indah islam sebenarnya...(cube tanya kak murobbi)raser nya cukup disini penerangan wani pade yus...bile dah yus berada pada tahap yg tinggi dlm tarbiyah..bru yus faham n mmg susah sgt nak terangkan pada khlayak ramai...kerna ape kerna kiter adlh akhwat....
'Dirimu terhias sebagai sebaik2 ciptaan....maka jadikanlah diriMu nisa' yg boleh menjadi mujahidah,jihad di jalan ALLAH...jadikan dirimu antara fatayat yg dijulang,,,ttp susah utk dipegang....jadikan diriMu gadis manis yg tak pernah kalah dgn redup panahan mata adam....Biar nafsu mu hidup dalam tarbiyah di jalan dakwah bertintakan darah n air mata perjuagan, dititipkan ats warkah penuh kemuliaan & dikirimkan utk mujahadah menuju Tuhan'
wassalam
Good one,sayang:)
optimistic itu perlu.
Iloveyou.
nice article to share..kdg2 org yg menegur kat kita, kdg2 tak sedar yg kita juga punya HATI utk dijaga..apa2pun, sabar yaa..
1.FIRST INTERVIEW, AWAK DAH?
2.ASAL AWEK CUN JE, MATA KAU TAK KELIP!!
3.JOM JOIN PERADUAN GORES & MENANG BLOG MISA SAKURA
MasyaAllah.. Jauhkanlah dari 'penyakit' berbahaya tu...
Thanx Yus for the perkongsian dari hati ke hati camni.. ;)
Post a Comment